by MNT PRESS
Putrajaya – Agensi pelaburan emas patuh syariah, Angel Group Creative Financial Solution melancarkan aplikasi KiloGo bertujuan memperibadikan portfolio emas ahlinya dan menjadi alat pemasaran untuk semua konsultan.
Selain itu, aplikasi ini juga membantu sebagai alat kalkulator zakat, panduan harga serta membolehkan ahli-ahli menukar mata wang menjadi emas serta memelihara dan meningkatkan kekayaan mereka.
Agensi ini yang menjalankan operasi solusi pelaburan emas dibawah Quantum Metal (QM) menyasar untuk melebarkan sayap ke 60 negara dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengasasnya QM, Datuk Lim Khong Soon, berkata ketika ini Quantum Metal sudah bertapak di 13 buah negara termasuk United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Thailand.
Menurutnya, ketika ini Quantum Metal mempunyai kira-kira 40,000 perunding dan lebih 400,000 ahli berdaftar di seluruh negara dengan antara 2,000 hingga 3,000 ahli baharu mendaftar dengan syarikat itu setiap hari.
Sementara itu, Khong Soon berkata, Quantum Metal juga komited membantu seramai mungkin rakyat Malaysia untuk keluar daripada belenggu masalah kewangan di bawah penyelesaian pemulihan ekonomi terutamanya pada tahun ini berikutan jangkaan berlakunya kemelesetan ekonomi.
Beliau berkata, QM juga mahu mendedahkan kepentingan atau nilai sebenar emas kepada masyarakat bahawa ia bukan sekadar untuk disimpan sebagai pelaburan, tetapi boleh ditunaikan serta digunakan bagi perbelanjaan harian.
“Pencapaian itu sekali gus menunjukkan bahawa syarikat kini berada pada landasan yang tepat bagi memenuhi sasaran untuk melebarkan sayap ke 60 negara dalam tempoh dua tahun ini ke negara yang mempunyai ramai penduduk.
“Setakat ini sambutan di negara yang kami sudah bertapak sangat baik, sebab itu kami mahu terus melebar luas Quantum Metal,” katanya.

Pengasas dan Pengerusi Angel Group Creative Financial Solution, Dr Rukhaidah Abd Karim menjelaskan beliau melihat bisnes Quantum Metal yang semakin rancak ketika fasa pandemik melanda dunia adalah satu penyelesaian terbaik untuk orang ramai menjana lebih pendapatan.
“Kami melihat bisnes Quantum Metal adalah peluang keemasan yang tidak boleh di pandang sepi”.
“Solusi pemulihan ekonomi yang bersandarkan emas dengan menggunakan platform digital, patut diterokai”, katanya pada Malam Gala dan penghargaan Angel Group Creative Financial Solution di Hotel Marriot, Putrajaya.
Dr Rukhaidah turut berkongsi bagaimana dirinya bangkit dari kehidupan yang susah dan perit, kini berjaya mengemudi empayar Angel Group dengan peningkatan pelanggan kepada lebih dari 250,000 orang dengan penjualan RM3 Bilion dalam masa 1 tahun pada tahun 2022.
Menurutnya lagi, pelaburan dalam emas akan dapat memberi pilihan kepada individu, pemilik syarikat dan masyarakat secara amnya untuk meningkatkan tahap ekonomi masing-masing di samping menjana pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga.

Turut hadir, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana Binti Muhamad selaku Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan & Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) merasmikan aplikasi KiloGold.
Aplikasi tersebut boleh dimuat naik melalui Google Playstore dan Apple App Store.