
Bertemakan Bangsawan Emas, Angel Group, sebuah agensi terbesar Quantum Metal (QM) meraikan pencapaian ahli, top performers, konsultan dan rakan niaga sepanjang tiga tahun penubuhannya di Hotel Marriot Putrajaya.
Penganugerahan ini diberikan kepada lebih 200 individu yang berjaya menjana pendapatan sebanyak tujuh angka yang terdiri daripada Senior Merchant, Merchant, Dealer Developer, Dealer, Konsultan serta ahli Group Agency.
Bermula dengan perkenalkan konsep QM kepada masyarakat, Angel Group ditubuhkan bagi mencipta solusi bagi melindungi kekayaan orang ramai, dengan harapan menjadi agensi perkhidmatan emas fintech terbaik dunia.
Menurut Dr Rukhaida Abd Karim, walaupun melihat ekonomi selepas covid jatuh menjunam namun bukan penghalang ahli Angel Group untuk menjana pendapatan demi kelangsungan hidup malah konsep QM ini untuk membantu orang ramai mencipta dan melindungi kekayaan.
“Kami memberikan jalan penyelesaian kepada masyarakat dan cara untuk mencipta aset emas kepada masyarakat, Alhamdulillah Angel group mampu lahirkan 100 jutawan dalam masa tiga tahun, ulasnya kepada media.
Dalam pada itu, Rukhaida turut berkongsi kebangkitan daripada kesusahan sehingga Berjaya mengemudi empayar Angel Group dengan peningkatan pelanggan kepada lebih 250,000 dengan penjualan RM3 bilion dalam masa satu tahun.
Majlis tersebut turut dihadiri Yang Amat berbahagia Datin Seri Masdiana Muhamad, isteri Menteri Besar Selangor dan juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan & Amal Wanita Selangor (PERKAWANIS).
Laman sesawang Angel Group serta aplikasi KiloGo turut dilancarkan bersempena Malam Pengiktirafan Keluarga Angel Group 2022. Dua platform ini bertujuan memperibadikan portfolio emas, menjadikan alat pemasaran konsultan, kalkulator zakat, panduan amaran harga serta membolehkan ahli-ahli menukar mata wang menjadi emas, memelihara dan meningkatkan kekayaan.